Kekuatan persenjataan Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

Pejuang-pejuang briged sedang menyediakan roket al-Qassam

Sejak penubuhannya pada 1987, keupayaan ketenteraan briged ini telah berkembang dengan pesat, daripada memiliki raifal sehinggalah roket Qassam dan banyak lagi.

Briged ini mampu bergantung harap pada jumlah besar individu yang menawarkan diri untuk menyertai perjuangan mereka, menyeludup bekalan keperluan dan membekalkan senjata buatan sendiri seperti Al-Bana dan Batar (pelancar roket), Yasin (pelancar roket anti-kereta kebal) dan roket Qassam.

Dalam satu wawancara dengan Salah Shehadeh, beliau ditanya tentang pembuatan senjata yang dijalankan oleh al-Qassam, di mana beliau menerangkan;

"...Kami mempunyai saintis yang pakar dalam pembangunan senjata, yang menjalankan penyelidikan dan eksperimen terhadap roket Al-Bana, yang merupakan gabungan sebuah RPG (grenad berkuasa roket) dan LAW (senjata ringan anti-kereta kebal), dan berbeza berbanding Al-Qassam 2 kerana direka untuk (menembusi) perisai berketebalan sederhana. Bom tangan dihasilkan untuk memenuhi keperluan peralatan dan ahli-ahli, dan kesemuanya telah membuktikan keberkesanannya, dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri membuktikan kehebatan bom-bom tangan tersebut. Kesemua grenad dan roket adalah buatan tempatan, (dan) dihasilkan dengan mudah. Bahan peledak dalam Al-Qassam 1 dan 2 dan Al-Bana diperbuat daripada bahan mentah yang mudah. (Sekalipun) golongan wanita boleh menghasilkannya di rumah..."


Walaupun jumlah sebenar ahli dalam gerakan ini hanya diketahui oleh kepimpinan briged, pada 2011 Israel menganggarkan pasukan ini mempunyai beberapa ratus ahli yang mendapat latihan ala tentera, termasuk di Iran dan Syria. Tambahan pula, briged ini mempunyai kira-kira 10 000 pakar operasi yang memiliki 'tahap kemahiran dan profesionalisme yang pelbagai', yang juga merupakan ahli pasukan keselamatan, Hamas dan penyokong-penyokongnya. Pakar-pakar operasi ini dijangka akan memperkukuhkan briged semasa situasi darurat.